Syeikh Abdul Samad Al-Palembani: Dari Nusantara ke Tanah Arab
Dalam perkembangan intelektualisme Islam Nusantara atau biasa juga disebut dunia Melayu -khususnya pada era abad ke-18, peranan Syeikh Abdul Samad Al-Palembani tidak dapat dikesampingkan. Syeikh Al-Palembani, merupakan salah satu kunci pembuka dan pelopor perkembangan intelektualisme Nusantara. Ketokohannya melengkapi nama-nama ulama dan intelektual berpengaruh seangkatannya se[erti Nuruddin Al-Raniri, Al-Banjari, Hamzah Fansuri, Yusuf Al-Maqassari, dan ramai lagi.
Dalam deretan nama-nama tersebut itulah, posisi peranan dan kedudukan Al-Palembani menjadi amat penting dalam dinamika Islam. Malah, sebahagian sejarahwan, seperti Azyumardi Azra, menilai Al-Palembani sebagai tokoh yang memiliki pengaruh yang penting bagi pertumbuhan Islam di dunia Melayu. Bahkan beliau nama besar dalam sejarah Islam di Nusantara, juga berkaitan dengan intelektualitinya di dunia Arab, khususnya semasa beliau menimba ilmu di Mekah.
Syeikh Abdul Samad Al-Palembani dilahirkan pada 1116 H/1704 M, di Palembang. Tentang nama lengkap Syeikh Al-Palimbani, setakat yang tercatat dalam sejarah, ada tiga versi nama. Yang pertama, seperti yang diungkapkan dalam Ensiklopedia Islam, beliau bernama Abdus Samad Al-Jawi Al-Palembani. Versi kedua, merujuk pada sumber-sumber Melayu, sebagaimana ditulis oleh Azyumardi Azra dalam bukunya Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara Abad XVII dan XVIII (Mizan: 1994), ulama besar ini memiliki nama asli Abdul Samad bin Abdullah Al-Jawi Al-Palembani. Sementara versi terakhir, tulisan Rektor UIN Jakarta itu, bahawa apabila merujuk pada sumber-sumber Arab, nama lengkap Syeikh Al-Palembani ialah Sayyid Abdus Al-Samad bin Abdurrahman Al-Jawi. Daripada ketiga-tiga nama itu yang diyakini sebagai nama Abdul Samad, Azyumardi berpendapat bahawa nama terakhirlah yang disebut Syeikh Abdul Samad.
´Percanggahan´ pendapat mengenai nama ulama ini dapat difahami memandangkan sejarah panjangnya sebagai pengembara, baik di dalam negeri mahupun luar negeri, dalam menuntut ilmu. Apabila dilihat latar belakangnya, ketokohan Al-Palembani sebenarnya tidak jauh berbeza daripada ulama-ulama Nusantara lainnya, seperti Hamzah Fansuri, Nuruddin Al-Raniri, Abdul rauf Singkel, Yusuf Al-Maqassari.
Dari segi salasilah, nasab Syeikh Al-Palembani berketurunan Arab, iaitu dari sebelah ayah. Syeikh Abdul Jalil bin Syeikh Abdul Wahhab bin Syeikh Ahmad Al-Mahdani, ayah Al-Palembani, adalah ulama yang berasal dari Yaman yang dilantikmenjadi Mufti negeri Kedah pada awal abad ke-18. Sementara ibunya, Radin Ranti, adalah wanita Palembang yang diperisterikan oleh Syeikh Abdul Jalil, setelah sebelumnya menikahi Wan Zainab, puteri Dato´ Sri Maharaja Dewa di Kedah.
Seperti lazimnya anak-anak kecil pada masa itu, Syeikh Al-Palembani menerima pengajaran agama daripada orang tuanya, selain beberapa guru di kampungnya yang sempat membimbingnya. Minatnya terhadap ilmu-ilmu keagamaan telah terserlah sejak zaman kanak-kanak lagi. Misalnya, beliau dikatakan pernah mendalami ilmu tasawuf pada usia remaja dengan mendalami kitab At-Tuhfah Al-Mursalah (Anugerah yang Diberikan) daripada salah seorang gurunya, Syeikh Abdul Rahman bin Abdul Aziz Al-Maghribi.
Beliau juga mempelajari ilmu sufi daripada Syeikh Muhammad bin Samman, selain mendalami kitab-kitab tasawuf daripada Syeikh Abdul Rauf Singkel dan Samsuddin Al-Sumaterani, kedua-duanya dari Acheh. Selain di kampung halamannya, Syeikh Al-Palembani juga memperoleh pendidikan agama di Kedah dan Patani. Oleh sebab dari sedari kecil beliau lebih banyak mempelajari ilmu tasawuf, maka dalam sejarah telah tercatat bahawa beliau adalah ulama yang memiliki kepakaran dan keistimewaan dalam cabang ilmu tersebut.
Merasa kurang puas dengan ilmu yang dicapainya, orang tua Al-Palembani kemudian menghantar anaknya itu ke Arab iaitu Mekah, dan Madinah. Tidak jelas, bilakah beliau dihantar ke salah satu pusat ilmu Islam pada waktu itu. Setakat yang terakam dalam sejarah, beliau dikatakan menganjak dewasa ketika ´berhijrah´ ke tanah Arab. Di negeri barunya ini, beliau terlibat dalam masyarakat Jawa, dan menjadi teman seperguruan, menuntut ilmu dengan ulama Nusantara lainnya seperti Muhammad Arsyad Al-Banjari, Abdul Wahhab Bugis, Abdul Rahman Al-Batawi, dan Daud Al-Fatani. Walaupun beliau menetap di Mekah, tidka bermakna beliau melupakan negeri leluhurnya. Syeikh Al-Palembani, menurut Azyumardi, tetap memberikan perhatian besar pada perkembangan sosial, politik, dan keagamaan di Nusantara.
Sejak perpindahannya di tanah Arab itu, Syeikh Al-Palembani mengalami perubahan besar berkaitan dengan intelektualitidan spiritual. Perkembangan dan perubahan ini tidak terlepas dari proses ´pencerahan´ yang diberikan para gurunya. Beberapa gurunya yang masyhur dan berwibawa dalam proses tersebut, antara lain Muhammad bin Abdul Karim Al-Sammani, Muhammad bin Sulayman Al-Kurdi, dan Abdul Al-Mun´im Al-Damanhuri. Selain itu, tercatat juga dalam sejarah Al-Palembani berguru kepada ulama besar, antaranya Ibrahim Al-Rais, Muhammad Murad, Muhammad Al-Jawhari, dan Athaullah Al-Mashri. Tidak sia-sia, perjuangannya menuntut ilmu di Masjidil Haram dan tempat-tempat lainnya, ´mengangkat´ dirinya menjadi salah seorang ulama Nusantara yang disegani dan dihormati di kalangan ulama Arab, juga Nusantara.
Meskipun mendalami tasawuf, tidak bermakna Syeikh Al-Palembani tidak kritis. Beliau dikatakan kerap mengkritik kalangan yang mempraktikkan tarekat secara berlebihan. Beliau selalu mengingatkan akan bahaya kesesatan yang diakibatkan oleh aliran-aliran tarekat tersebut, khususnya tarekat Wujudiyah Mulhid yang terbukti telah membawa banyak kesesatan di Acheh. Untuk mencegah apa yang diperingatkannya itu, Syeikh Al-Palembani menulis semula intipati dua kitab karangan ulama dan ahli falsafah agung abad pertengahan, Imam Al-Ghazali, iaitu kitab Lubab Ihya´ Ulumud Diin (Intisari Ihya´ Ulumud Diin), dan Bidayah Al-Hidayah (Awal Bagi Suatu Hidayah). Dua karya Imam Al-Ghazali ini dinilainya secara ´moderat´ dan membantu membimbing mereka yang mempraktikkan aliran sufi.
Berkaitan dengan ajaran tasawufnya, Syeikh Al-Palembani mengambil jalan tengah antara doktrin tasawuf Imam Al-Ghazali dan ajaran ´wahdatul wujud´ Ibnu Arabi; bahawa manusia sempurna (insan kamil) adalah manusia yang memandang hakikat Yang Maha Esa itu dalam fenomena alam yang serba aneka dengan tingkat makrifat tertinggi, sehingga mampu ´melihat´ Allah s.w.t sebagai ´penguasa´ mutlak.
Di Nusantara, khususnya di Indonesia, pengaruh Al-Palembani dianggap cukup besar, khususnya berkaitan dengan ajaran tasawuf. Pengembaraan panjangnya berakhir pada tahun 1788, apabila Yang Maha Esa memanggilnya pulang untuk selama-lamanya, dalam usia merangkak senja.