Nasehat Ulama Tentang Gerakan Dakwah
بسم الله الرحمن الرحيم
Nasihat Syaikh Soleh Fauzan Tentang Kemunculan Banyak Gerakan Dakwah Dan Kemasukkan Aliran Yang Berbagai-bagai.
Nasihat kami supaya berjaga-jaga dengan kemunculan aliran ini. Hendaklah menumpukan kepada tanggungjawab menuntut ilmu daripada ahlinya. Menuntut ilmu yang bermanfaat daripada ahli ilmu yang dipercayai dan dikenali sama ada di sekolah-sekolah rasmi, di maahad, fakulti-fakulti(1) atau di masjid atau halakah-halakah ilmu. Hendaklah menumpukan kepada tanggungjawab menuntut ilmu dan berjaga-jaga daripada belajar dengan buku dan pembacaan kitab semata-mata. Ini kerana pada masa sekarang telah wujud orang yang tidak pergi kepada ulama, tidak duduk bersama ulama, tidak belajar sama ada di pengajian rasmi atau tidak rasmi. Bahkan dia merasa cukup dengan membaca kitab, kemudian menonjolkan dirinya kepada manusia seolah-olah dia seorang alim yang mempunyai lautan ilmu. Dia berfatwa dan bercakap sedangkan dia lebih jahil daripada keldai peliharaannya.(1) Hal ini hanya sesuai bagi situasi yang ada di sekolah-sekolah dan universiti di Saudi sahaja kerana di sana tidak ada kemungkaran seperti ikhtilat, pembelajaran ilmu-ilmu yang merosakkan seperti ilmu kalam, falsafah dan sebagainya-penterjemah.
Anto HUD Mengutip dari :
Sumber : sahab.net
Penterjemah : Ustadz Abu Auzaie